Monday, 14 December 2015

Wushu

Sejarah dan Perkembangan Wushu

Wushu  (bahasa Tionghoa: wǔshù) secara  berasal dari dua karakter Cina iaitu “Wu” dan “Shu”.  “Wu” adalah ilmu perang, sedangkan arti kata “Shu” adalah seni. Wushu juga dimaksudkan sebagai seni untuk bertempur/membela diri. Ini merupakan istilah yang lebih tepat berbanding dengan istilah yang lebih terkenal dengan Kung Fu yang bermaksud “ahli” dalam bidang tertentu,  dan tidak hanya terbatas dalam seni bela diri.
Semua seni bela diri China disebut sebagai Wushu. Wushu termasuk tinju selatan Nanquan dan tinju panjang Changquan serta termasuk tinju Taiji, Telapak Baguazhang, dan tinju Xingyiquan.
Secara keseluruhan, Wushu mengandungi aspek seni, olahraga, kesihatan, bela diri dan mental. Mempelajari Wushu sebenarnya tidak terbatas pada gerakan fizikal sahaja bahkan fikiran dan mental, pemahaman anatomi tubuh serta aliran darah juga terlibat secara tidak langsung. Selain wushu turut dapat melatih kedisiplinan diri, ketahanan mental, kecekapan, dan sebagainya.
Sejarah awal Wushu bermula apabila masyarakat primitif di China berjuang untuk terus hidup di dalam keadaan alam semula jadi yang membahayakannya di samping untuk mempertahankan masyarakat pada waktu itu daripada binatang liar semasa aktiviti memburu, dan bahaya daripada ancaman manusia itu sendiri. Pada awalnnya iaitu pada zaman Dinasti Xia (21M- 17 M), Kung  Fu ini dibentuk dengan kemahiran melawan musuh, seterusnya pada zaman Dinasti Yuan (1271M- 1368 M) dan mencapai kemuncaknya pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing (1368M- 1911 M).
Pada zaman Dinasti Song( 960M- 1279M), askar- askar dan rakyat- rakyat digalakkan untuk mengamalkan Kung  Fu atas arahan Yue Fei dan general- general di  China pada ketika itu. Hasil daripada galakan ini maka Nanquan (Southen Fist) menjadi terkenal di China dan menjadikan Hangzhou sebagai pusat latihan mereka.
Namun perkara sebaliknya berlaku apabila pada zaman Dinasti Yuan (1271M- 1368M) masyarakat Han telah dipingirkan oleh kerajaan China pada ketika itu. Namun bagi masyarakat Han, mereka masih mempraktikkan Kung  Fu ini di tempat- tempat yang tersembunyi.
Seterusnya, pada zaman Dinasti Ming (1368M- 1644M), Sekolah Boxing Shoalin telah diperkenalkan apabila Changquan (Long Fist), Hong Fist, Kicking Leg iaitu teknik- teknik baru dalam Kung Fu diamalkan oleh masyarakat pada ketika itu. Seorang tokoh yang bertanggungjawab menggabungkan semua kemahiran ini yang termasuk Long Fist, Short Hand, Hong Fist, dan Bazi Fist ialah Qi Jiguang. Hasil penggabungan ini dipanggil Boxing Shoalin Selatan.
Kung Fu terus berkembang pada zaman Dinasti Qing (1644M- 1911M), walaupun masyarakat Han masih lagi dihalang untuk mempraktikkan Kung  Fu di tempat- tempat awam dan Kuil Shoalin Selatan, masyarakat awam lain masih meneruskan Kung Fu di tempat- tempat yang lain.
Apabila terbentuknya Republik China, sebuah pertubuhan bukan kerajaan telah ditubuhkan oleh Kelab Gimnastik Jingwu. Oleh hal demikian, seni mempertahankan diri Kung Fu atau Wushu ini telah berkembang ke negara- negara lain seperti, Hong Kong, Singapura, Malaysia, dan Vietnam.
Pada zaman sekarang, wushu telah menjadi olahraga antarabangsa melalui International Wushu Federation (IWUF), yang menganjurkan “World Wushu Championships” setiap dua tahun; Kejuaraan Dunia pertama diadakan pada tahun 1991 di Beijing dan dimenangkan oleh Yuan Wen Qing .
Kepercayaan
Terdapat lima elemen yang penting dalam Wushu, iaitu Air, Kayu, Api, Bumi dan Logam.
1.    Air: kelembutan
2.    Kayu: tulang dan otot
3.    Api: kekuatan
4.    Bumi: pertahanan
5.   Logam: penggunaan senjata
Kelima-lima elemen ini dikatakan saling berhubung iaitu air mendinginkan api, api menempa logam, logam memotong kayu, kayu tumbuh dari bumi,dam bumi mengawal air.
Perkara in berkait rapat dengan amalan Feng Shui yang melihat lima unsur alam tadi menyumbang kepada keseimbangan tenaga antara “yin” dan “yang” dan tenaga itu dipanggil sebagai “chi”.
Simbol Ying dan Yang

Simbol Ying Yang

Jenis Alatan

Kini, wushu terbahagi kepada dua, iaitu jenis tradisional dan moden. Di dalam apa- apa kejohanan wushu, ia akan terbahagi kepada dua jenis ini. Jenis tradisional biasanya diwarisi dan dikekalkan geraknya mengikut apa yang diajarkan oleh nenek moyang mereka sejak turun temurun. Hal ini bermaksud, tidak banyak perubahan gerakan diadaptasi dengan kemodenan perkembangan wushu sekarang.
Dalam wushu tradisional sendiri ia terbahagi kepada dua iaitu pergerakan tangan kosong dan menggunakan senjata.
Tangan Kosong
Bersenjata
Baguazhang (Eight-Trigrams Palm)
Shuangdoa ( Double Broadsword)
Bajiquan ( Eight Extremes Fist/Boxing)
Shuangjian ( Double Straight-Sword)
Chaquan ( Cha Fist/Boxing)
Shuanggou (Double Hook-sword)
Huaquan ( Hua Fist/Boxing)
Sanjiegun ( Three Section Staff)
Wing Chun/Yongchunquan ( Eternal Spring)
Dadao ( Great Sword)
                                                                                           
Selain itu, untuk gerakan wushu moden, ia terbahagi kepada dua iaitu disebut sebagai Toalu (Jurus/ Stail) dan Sandra/ Sanshou (Tarung atau Sparring ). Untuk wushu moden ini, ia mengalami perubahan dari segi teknik- teknik tertentu seiring dengan peredaran zaman.
 Toalu terdiri taripada jenis tangan kosong dan menggunakan senjata (pendek/ panjang). Bagi jenis tangan kosong, ia terdiri daripada:
a)      Changquan (Pukulan Panjang)
b)      Nanquan ( Tinju Selatan)
c)      Taijiquan ( Tai Chi Chuan)
Manakala untuk Toalu (jurus) bersenjata:
Menggunakan Senjata Pendek
Menggunakan Senjata Panjang
Doa ( Golok)
Gun ( Toya/ Gunshu)
Nandoa ( Golok Selatan)
Nangun ( Toya Selatan)
Jian ( Pedang Bermata Dua)
Qiang (Tombak)
Taijijian ( Pedang Taiji)


Sanda pula hanya melibatkan pertarungan di mana ia melibatkan dua individu yang bertarung antara satu sama lain secara bersenjata atau tidak bersenjata.
Dalam pada itu, wushu juga menggunakan kipas tangan yang diperbuat daripada kayu dan menggunakan kain yang keras dan tebal bagi menghasilkan bunyi yang sesuai apabila ia dibuka. Tinggi kipas tersebut yang biasanya berwarna merah itu ialah 34 cm dan panjangnya 63cm.
Oleh itu, secara keseluruhan wushu terbahagi kepada dua jenis, iaitu tradisional dan moden yang mempunyai ciri- ciri  dan teknik yang berbeza antara satu sama lain.


Pedang Taji



Cara memegang Pedang Taji

Corak Naga yang terdapat pada Pedang Taji


Pakaian
Secara umumnya tiada pakaian yang khusus untuk wushu. Hal ini bermaksud mereka yang mempraktikkan wushu tidak terikat dengan pakaian yang tetap. Mereka bebas untuk memilih bagi memakai apa- apa jenis pakaian yang selesa untuk berwushu.
Namun, terdapat ciri- ciri pakaian yang sesuai dipakai oleh mereka yang berwushu, antara yang sesuai dipakai ialah tidak terlalu tebal, memudahkan pergerakan, selesa dipakai, dan warna apa sekalipun. Bagi kasut ahli wushu, mereka perlu memilih kasut yang elastik atau yang memudahkan dan meringankan pergerakan mereka bagi mempersembahkan gerakan- gerakan yang tertentu dalam seni mempertahankan diri tersebut.

Pantang Larang
Menurut Kim Meng Woon iaitu salah seorang pengamal wushu melalui Kelab Kung- Fu Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, pantang larang yang berkait rapat dengan wushu ialah seseorang tidak boleh sesuka hati meminjam pedang wushu kerana dipercayai terdapat unsur- unsur makhluk ghaib yang menjaga tiap- tiap pedang wushu.
Jika tersilap pinjam atau mencuri pedang wushu tadi maka perkara buruk akan menimpa si peminjam kerana mahkluk tadi akan mengganggunya.
 *** Link dibawah merupakan link kepada Page Facebook Rasmi Kelab Wushu USM






No comments:

Post a Comment