Sejarah
Menurut
kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, silat ialah sejenis seni mempertahankan diri yang
menggunakan ketangkasan untuk mempertahankan diri, ia lebih dikenali dengan
sebagai sukan tradisi rakyat yang
melibatkan dua orang pesilat yang mahir yang bertindak untuk membela diri sama ada
menggunakan senjata atau tanpa senjata. Seni silat ini dijalankan untuk persembahan
ataupun untuk memilih pesilat yang terbaik. Sesiapa yang ingin menceburi Seni Silat
perlulah persediaan dari segi kemahiran dan ketangkasan fizikal dan mental. Sehingga
kini, acara seni silat ini diadakan di masa lapang, majlis rasmi atau majlis
perkahwinan yang diiringi dengan pukulan gendang. Di catatkan sebanyak 360
jenis silat yang telah di amalkan dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri
antaranya yang sering di dengari ialah Silat Pulut, Silat Cekak
Harimau,
Pencak Silat, Silat Gayung Harimau dan Silat Tangkas.
Silat Seni Gayung bermula sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka yakni sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Syah. Ilmu
Silat Seni Gayong digunakan dalam perang gerila yang digunakan oleh Tun Biajid dan orang-orangnya
untuk menentang Portugis. Hal ini dapat dibuktikan melalui penceritaan daripada
kisah yakni ketika zaman pemerintahan Portugis, pada setiap tahun akan diadakan
majlis keramaian yang dimeriahkan dengan persembahan silat dan ganjaran hebat
menanti pemenang. Lantaran itu, seni silat ini terus di kenali berdasarkan
sejarahnya.
Silat Pulut atau Gayung Pulut terkenal
kerana setiap pemain akan diberi cenderahati iaitu bunga telur yang disertakan
sekepal pulut. Maknanya antara lain perkataan silat lebih dikenali dalam sosiobudaya
Melayu sebagai permainan tradisi rakyat, iaitu permainan yang dapat mengekalkan
ilmu kepahlawanan atau seni perang Melayu dalam bentuk seni rakyat. Maka
persembahan permainan silat atau pertandingan silat kerap diiringi paluan
gendang silat yang kini dikenali sebagai Muzik Silat Baku Malaysia.
Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi
bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia
sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara
terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak
berwajib secara mendalam. Di anggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus
tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah
pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia,
Malaysia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat.
Kini, pengajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang
yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.
Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran
'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat
yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri.
Pesilat yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar,
berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah
hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai
tahap silat yang tinggi pula digelar
sebagai pendekar.
Kepercayaan
Kepercayaan seni mempertahankan diri
melalui Silat dapat dilihat melalui empat peringkat yang dilalui selama ratusan
tahun. Setiap peringkat kerohanian telah mengarah kepada perubahan dari sudut
kepercayaan, falsafah serta pemahaman keagamaan bagi pengamal kebatinan Silat
Melayu khasnya dan penduduk Nusantara amnya. Pada peringkat pertama dikenali
dengan kepercayaan animisme, pada peringkat ke dua wujudnya kepercayaan
Hindu-Buddha, semasa zaman kesultanan Melaka di kaitkan dengan unsur agama
Islam dan kini seni Silat ini wujudnya pengaruh sekularisme.
Pada
peringkat awal, kerohanian Silat Melayu berdasarkan kepercayaan animisme
seperti melakukan pemujaan atau penyembahan kepada pokok-pokok, batu-batu,
gunung-ganang oleh rakyat tempatan melalui upacara ilmu hitam. Mereka percaya
wujudnya kuasa-kuasa ghaib daripada nenek moyang, penunggu, sumpahan dan
pemujaan. Pengamal kebatinan akan memakai tangkal mistik yang diperbuat
daripada batu, kayu, tulang dan mereka akan membaca mantera jampi serapah di
dalam bahasa Melayu sebagai tanda mereka berhubung dengan alam ghaib. Sebagai
tambahan, tangkal ini dipakai sebagai perlindungan dan bantuan daripada alam
ghaib.
Pada
peringkat kedua, kebatinan Silat Melayu telah berubah dari amalan animisme
kepada amalan keagamaan yang berpengaruh daripada Hindu-Buddha. Namun, amalan
animisme tetap diamalkan tetapi
bercampur dengan kepercayaan kuasa-kuasa dewa-dewi, keramat, bertapa, puasa,
menyembah, yoga, mandi keramat, nujum, mantera jampi serapah, kepercayaan
kepada tuah dan sial, memakai tangkal azimat dari besi, tulang dan kulit
binatang.
Peringkat
ketiga adalah pengaruh daripada Islam yang melalui pelbagai sudut. Namun,
kerohanian Islam tidak dapat berkembang sepenuhnya dalam kebatinan Silat Melayu
seperti yang diamalkan oleh para sahabat dan pahlawan zaman Rasulullah (s.a.w.).
Ini adalah kerana berlakunya penjajahan
Barat yang menjadikan Islam sebagai musuh utama mereka. Pada peringkat
ini, kerohanian Islam telah bercampur antara amalan kerohanian Melayu tradisi
purba iaitu animisme dan Hindu-Buddha. Para pengamal mempercayai kuasa Allah
sebagai Tuhan sekalian alam, tetapi dalam masa yang sama mengamalkan amalan
khurafat dengan membuat sandaran kepada saka, jin, wali, roh keramat para panglima,
dan semangat binatang seperti harimau, helang, monyet. Semangat ini dikatakan
mampu membantu para pengamal ketika dalam kesusahan. Amalan khurafat lain yang
turut dilakukan adalah seperti semah gelanggang, mandi minyak, mantera jampi
serapah sebagai pendiding, pengunci dan pelali.
Peringkat
terakhir adalah pengaruh sekularisme, pada tahap ini agama dan budaya
dipisahkan daripada hal-hal keduniaan. Silat dan falsafahnya mula dipengaruhi
pelbagai pemikiran dan falsafah di mana Silat hanyalah sebagai satu bentuk
budaya tradisional yang sama seperti tarian-tarian tradisional dan bukan sebagai
ilmu untuk mempertahankan tanah air dari diserang oleh pihak luar. Tarian
tradisional hanya digunakan sebagai persembahan bangsawan dan ada sebahagiannya
dijadikan cara untuk memanggil atau menyeru "sesuatu" dari alam
ghaib.
Jenis
Alatan
Antara senjata Melayu lama yang sering
digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang,
lading, tumbuk lada, tongkat dan sundang. Namun silat sininim dengan penggunaan
keris yang merupakan senjata utama bagi pengamal seni silat. Keistimewaannya
bukan sahaja terletak pada bentuk dan rupa, malah pada fungsinya dalam seni
mempertahankan diri dan pada kuasa luar biasa ataupun kesaktian yang
dimilikinya. Pada peringkat awal, keris adalah satu alat perkakas Melayu dalam
zaman kuno yang digunakan untuk menghiris sesuatu. Keris juga berfungsi sebagai
alat kebudayaan Melayu. Semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka fungsi utama
keris adalah sebagai senjata untuk membela diri. Bilah Keris selalunya dibuat
tidak tegak lurus. Kedudukan bilahnya yang lebih condong ini adalah
melambangkan sifat Melayu yang sentiasa tunduk.
Pendongkok iaitu perhiasan yang diletakkan
pada mata keris. Pendongkok ini juga biasanya diperbuat daripada logam,
tembaga, suasa dan emas. Mata keris memainkan peranan utama di mana baik
buruknya dinilai pada matanya. Ciptaan mata keris kebiasaannya berlekuk.
Cara
menggenggam keris samalah seperti orang Melayu menunding jari kepada seseorang
atau sesuatu arah. Ibu jari menjadi penunjuk dan diletakkan pada pedongkok.
Manakala empat jari yang lain akan mengenggam hulu keris. Bagi para pesilat
atau pendekar, keserasian genggaman keris dilihat pada kelurusan ibu jari yang
sama dengan hujung keris. Mata keris sentiasa menghadap ke hadapan sebagai
langkah berjaga-jaga terhadap musuh setiap masa. Genggaman keris yang betul
akan memudahkan keris digunakan oleh pesilat untuk menikam mangsa.
Perkembangan Silat Melayu
Silat telah tersebar sepanjang Nusantara Melayu sejak abad ke-7 M, tetapi asal-usulnya masih lagi tidak pasti. Meskipun, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli. Orang Melayu yang telah menetap di bandar-bandar pantai pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu, dari Aceh di utara ke Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di selatan, adalah orang yang mengamalkan silat. Perhubungan dengan kumpulan suku kaum lain di bandar-bandar pantai telah juga mempengaruhi bentuk silat. Adanya bukti bahawa budaya China dan India telah mempengaruhi gaya-gaya seni mempertahankan diri itu. Apabila Islam disebarkan sepanjang nusantara abad ke-14, ia diajar seiring dengan silat. Selain seni bertarung dan tarian budaya rakyat, silat telah menjadi suatu latihan rohaniah. Orang Melayu, terutamanya di Semenanjung Melayu, menganggap cerita legenda Hang Tuah pada abad ke-14 sebagai Raja silat. Silat telah berkongsi sejarah yang sama di Malaysia (termasuk Singapura ketika itu), Brunei dan Indonesia sewaktu era penjajahan sebagai suatu wadah untuk membebaskan diri daripada kekuasaan penjajah. Semasa era pasca penjajahan, silat telah dikenali ramai hal ini kenara kerana jasa-jasa pendekar yang telah memperjuangkan dan mengorbankan nyawa untuk kemerdekaan dengan menggunakan seni pertahanan silat. Di Malaysia, kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa silat sebagai Seni Pertahankan Diri Rasmi Malaysia dan diwartakan dibawah Akta Warisan Negara semasa Konvensyen Silat yang dianjurkan pada 3hb hingga 4hb Disember 2006. Pada 23hb hingga 24hb September, 1979, ketika Sukan Asia Tenggara ke-14, IPSI telah memperkenalkan Olahraga Pencak Silat. Peraturan pertandingan ini telah disusun pada tahun 1973. Silat sekarang adalah secara rasmi termasuk sebagai sebahagian daripada Sukan Asia Tenggara

Pakaian Silat |
Demonstrasi Silat |
No comments:
Post a Comment