Persamaan dan perbandingan Seni pertahanan
Persamaan Bagi Setiap Seni Pertahanan
Persamaan antara seni mempertahankan diri silambam, silat dan
kungfu antaranya ialah ketiga-tiga seni
mempertahankan diri ini bertujuan untuk mempertahankan diri. umum mengetahui objektif
utama dalam menyertai seni mempertahan diri ialah untuk meningkat tahap
kecekapan dalam mempertahankan diri. Ia juga sangat berguna untuk keselamatan
diri kita yang sering tergugat kepada ancaman luar jangka terutamanya golongan
wanita . Selain itu kita melihat dari segi kesihatan tubuh badan. Persamaan
ketiga-tiga seni memertahankan diri ini iaitu silat, kung fu dan silambam
seterusnya ialah dari segi kesihatan diri. Dengan mempelajari seni
mempertahankan diri, kesihatan tubuh badan kita akan bertambah sihat dan
seterusnya dapat menghindari pelbagai penyakit. Hal ini demikian kerana,
melalui perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan dalam silamban, silat dan
kunfu mampu menghasilkan daya ketahanan
badan yang kuat sekaligus mencergaskan tubuh badan. Dalam melakukan perbuatan
gaya tingkah laku ini mampu memberikan stamina kepada tubuh badan. Seterusnya
persamaan dari segi kebaikan iaitu menjadikan seseorang itu berdisiplin. Hal
ini kerana melalui penyertaan seseorang dalam seni pempertahankan diri, seseorang
itu dapat mempelajari nilai menepati masa, nilai berkerjasama sebagai satu
pasukan serta nilai baik hati. Perkara ini akan menjadikan seseorang itu lebih
gagah dan berkeyakinan diri untuk apabila berhadapan dengan sesuatu situasi. Lagipun, kita boleh
mendisiplinkan diri dengan mempelajari seni pertahanan diri ini. Perkara ini
berlaku kerana kita mesti menepati masa berlatih yang ditentukan setiap kali.
Walaupun pada mulanya kita tidak senang hati dengan peraturan ini, tetapi
lama-kelamaan amalan yang terpuji tersebut akan tertanam dalam diri kita secara
tidak langsung.
Perbandingan Bagi Setiap Seni Pertahanan
Setiap seni pertahanan mempunyai
kelebihan dan kekurangnya aksi persendirian dari segi pembelajaran hingga ke
segi penggunaanya pada masa sekarang .Kertas ini akan lebih memfokuskan kepada
pergerakan menghadang dari setiap seni yang dibincangkan di atas. Pergerakan
menghadang setiap seni hampir sama namun terdapat perbezaan dari segi
praktikalitinya pada masa sekarang dan cara tenaga yang di guna oleh ahlinya.
setiap pergerakkan menghadang mempunyai cara pengaplikasian tenaga ketika
menghadang.
Seni silat dengan penggunaan keris
menghadang dengan menggunakan tangan mereka di mana tangan tersebut akan
menghalang penyerang dan diikuti dengan serangan dari tangan pemegang keris.
Perkara yang dapat dilihat di sini penggunaan tangan lebih penting untuk
menghadang, jadi pusat tekanan dan tenaga seseorang akan berfokus kepada
penyeimbangan badan dan ketangkasan tangan mereka.
Seni silambam berfungsi dengan
penggunaan kayu silambam .Kayu ini berrfungsi dalam menyimbangkan badan dan
memberi kelebihan dalam menyerang seseorang dari jarak yang selamat(J. David Manuel Raj:1971)
.Dalam aspek menghadang dalam Silambam adalah berkait rapat dengan pengguna
kayu silambam yang akan membantu menghalang serangan penyerang dengan efektif.
Kayu Silambam akan membantu menghadang kerana kayunya panjang serta ianya
memberi masa untuk bertindak bagi kedua-dua pihak. faktor masa menjadi kebihan
di sini walaupun dalam beberapa saat. Tenaga seseorang akan digunakan dalam
penghayunan kayu serta menghalang kayu penyerang. Kayu akan menghadang mana
arah penyerang menyerang, selalunya di bahagian tepi abdomen, kaki, kepala dan
tangan . Hal ini demikian kerana bahagian ini agak terdedah untuk diserang.
Seni wushu menggunakan pedang akan
menghadang dengan pedangnya dalam menyelamatkan dirinya. Posisi badan penyerang
dang penghadang pedang agak unik kerana ia akan kelihatan seperti mereka
melakukan tarian bersama, namun mereka sebenarnya sedang berlawan. Pergerakan
seseorang yang menghadang selalunya membuatkan seseorang bergerak ke belakang. Aksi bergerak ke belakang agak biasa
bagi ketiga-tiga seni silat yang dikaji.
Penggunaan ketiga-tiga seni pertahan
ini pada masa sekarang agak berkurangan dan hanya berfungsi sebagai seni
daripada praktikaliti sebagai pertahanan diri. Seni silat menggunakan keris
kurang berkesan pada masa sekarang kerana wujudnya akta yang melarang pembawaan
senjata. Penggunaan keris juga agak membahayakan kerana ianya mungkin akan
membunuh seseorang jika tidak diguna dengan cekap. Selain itu, penggunaan keris
memerlukan kedua-dua pahlawan untuk berada dalam jarak yang dekat antara satu
sama lain. Penggunaan seni silat pada masa sekarang bersifat lebih kepada
penggunaan astetik daripada nilai sebenarnya. Bagi seni silambam ianya agak
praktikal kerana apa-apa jenis kayu yang panjang boleh digunakan. Namun ramai
yang tidak mempelajarinya kerana kurangnya nilai komersial. Seni wushu
menggunakan pedang juga agak tidak praktikal kerana pedang agak besar dan tidak
boleh dibawa secara bebas. Wushu sekarang lebih diguna sebagai sebagai seni
tarian daripada penggunaan melawan atau keselamatan diri.
No comments:
Post a Comment