Secara umumnya, semua seni
pertahanan diri ini tidak kira dalam kaum Cina, Melayu ataupun India adalah
bertujuan mempertahankan diri mereka dan menyatukan kumpulan kaum mereka.
Sebagai contoh, dalam tradisi orang Melayu, keris merupakan senjata pertahanan
diri seiring dengan seni Silat. Orang yang selain daripada kaum ini perlu
memahami bahawa wujudnya keris ini bukan senjata untuk membunuh atau berperang
tatapi adalah untuk pertahanan diri. Bagi golongan yang tidak memahami konteks
ini akan menjadikan hal ini sebagai isu sensitif dan perkauman yang menjejaskan
hubungan antara etnik.
Bukan
sahaja dalam konteks kaum Melayu, semua seni pertahanan diri kaum lain
tujuannya adalah amat bersepakat iaitu hanya untuk mempertahankan diri pada
zaman dulu dan untuk mewarisi seni kebudayaan mereka pada masa kini. Contohnya
seni Wushu oleh kaum Cina diperkenalkan pada zaman dulu adalah untuk
mempertahankan diri kerama pada masa itu pakatan komunis berleluasa dan jajahan
askar Jepun yang ganas. Pada zaman kini pula, Seni Wushu ini masih diwarisi dan
dipelajari di Malaysia walaupun tiada lagi komunis dan ancaman daripada
jajahan. Hal ini demikian kerana mereka ingin memastikan jasa nenek moyang dan
seni yang unik ini dapat diwarisi secara turun-temurun oleh generasi baru.
Adakah
wujudnya seni pertahanan diri yang berlainan akan dapat menjamin kesejahteraan
antara kaum dan negara? Pada pendapat kami, hal ini adalah berkemungkinan.
Tiadanya sesuatu yang sempurna dalam dunia ini. Seperti setiap seni pertahanan
diri turut akan mempunyai kelebihan dan keburukannya masing-masing. Mungkin
kita boleh bergabungkan ketiga-tiga jenis seni pertahanan ini damn menjadikannya
sebagai suatu seni pertahanan diri yang lebih kuat. Dengan ini dapatlah kita
dapat lebih memahami budaya kaum lain dan kesepakatan akan tercapai.
Akhir sekali, kita dapat lihat
bahawa ketiga-tiga seni pertahanan ini masih dikekal dan dipelajari oleh orang
ramai tanpa mengira bangsa dan kaum. Hal ini demikian kerana matlamat mereka
untuk menpelajari seni pertahanan diri adalah untuk menyihatkan badan mereka
walaupun seni pertahanan diri yang mereka pelajari bukan asal daripada kaum
mereka. Dengan ini, bolehlah kita nampak bahawa seseorang yang mempelajari seni
pertahanan diri yang bukan asal daripada kaumnya akan dapat memahami dan
menghayati seni dan budaya bangsa lain. Secara tidak langsung, perasaan saling
menghormati dapat dipupuk dan kesejagatan tercapai.
No comments:
Post a Comment