Monday, 7 December 2015

Pengenalan

Masyarakat yang berbilang kaum dan mempunyai budaya yang pelbagai dan telah lama menjadi kebanggaan dan keunikan negara kita, Malaysia. Walaupun wujudnya perbezaan antara satu kumpulan etnik dengan yang lain, tetapi kita masih hidup dalam keadaan yang aman damai. Setiap kaum mempunyai seni pertahanan diri yang tersendiri dan diwarisi sejak turun-temurun, serta diamalkan sebagai satu warisan budaya. Justeru, kami ingin mengkaji tentang alat seni dan cara pertahanan  diri  dalam tiga kaum utama India, Cina dan Melayu.
Seni Pertahanan Diri merupakan satu kaedah yang wujud bagi seseorang itu dapat mempertahankan diri daripada serangan musuh. Ianya merupakan kaedah berlawan secara tradisi dengan atau tanpa menggunakan senjata. Seni Pertahanan Diri telah lama wujud sejak berkurun abad dahulu. Terdapat beberapa jenis seni mempertahankan diri di negara ini. Antaranya adalah Seni Persilatan Melayu, Silambam, Wushu, Kuntau dan sebagainya. Seni mempertahankan diri sering dikaitkan dengan budaya sesebuah kaum perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu sebagai asas menyatupadukan masyarakat di negara ini. Hal ini kerana seni pertahanan diri bukan hanya bertujuan untuk melahirkan individu-individu yang berdisiplin malah melatih pengamalnya memupuk semangat cintakan negara.
Bagi kaum India, seni pertahanan diri mereka, iaitu Silambam telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan. Silambam merupakan seni mempertahankan diri yang berasal dari negara India. Dipercayai, ianya telah bermula sejak 5,000 tahun lalu di India. Ianya menggunakan tongkat yang diperbuat daripada tongkat buluh bagi mempertahankan diri daripada serangan binatang buas.
Seni silat begitu sinonim dengan bangsa Melayu. Ianya wujud sejak zaman-berzaman. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Silat berbeza dengan seni bela diri yg lain kerana Silat merupakan ilmu kependekaran(bela diri) hak milik orang-orang Melayu yang bukan hanya terkandung ilmu beladiri semata-mata tetapi dalam ruang lingkup yang lebih luas iaitu merangkumi adat dan adab bangsa Melayu dan nilai-nilai Islam yang tersemai di dalamnya. Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang,lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang. Kami akan lebih memfokuskan kepada senjata keris.
Seterusnya, Wushu dibangunkan di China selepas 1949 untuk menyeragamkan amalan seni mempertahankan diri tradisional Cina. Wushu secara umumnya terdiri daripada dua aspek iaitu Taolu (bentuk) dan Sanda (perselisihan). Taolu melibatkan seni mempertahankan diri dan pola pergerakan asas seperti gaya berdiri, tendangan, tumbukan, melompat, dan sebagainya manakala Sanda pula adalah satu kaedah pertempuran moden yang dipengaruhi oleh tradisional Cina tinju. Dalam Kajian ini, kami telah menumpukan perhatian kami ke atas senjata yang paling giat digunakan dalam Wushu, iaitu pedang. Pedang yang digunakan oleh pendekar-pendekar biasanya diperbuat daripada logam yang berbadan panjang dengan pemegangnya yang pendek. 

Dalam keseluruhan kajian ini, kami akan menyelidik tentang adakah mereka masih mempelajari seni pertahanan budaya mereka atau kaum lain? Kami juga ingin mengkaji terhadap pergerakan pertahanan dalam seni pertahanan ketiga-tiga kaum dan melakukan perbandingan.

No comments:

Post a Comment