Monday, 14 December 2015

Silambam

Silambam (Bahasa Tamil: சிலம்பம்) atau Silambattam (Bahasa Tamil: சிலம்பாட்டம்) atau Chilambam, merupakan seni bela diri Dravidian tradisi berasaskan pertempuran tongkat. Gaya ini dipercayai berasal dari Bukit Kurinji yang masa kini dikenali Kerala, 5,000 tahun dahulu, di mana penduduk tempatan menggunakan tongkat buluh atau rotan bagi mempertahankan diri mereka dari haiwan buas(wikipedia) Sebagaimana penulisan Sangam, Bukit Kurinji merupakan salah satu dari lima pembahagian fisiografik (physiographic) dalam Tamilagam, yang kemudiannya dikenali sebagai Keralam selepas ketibaan Brahmin. Narikuravar dari Bukit Kurinji menggunakan tongkat yang dikenali sebagai Chilambamboo sebagai senjata bagi mempertahankan diri mereka daripada haiwan buas, dan juga bagi menunjukkan kemahiran mereka semasa perayaan keugamaan. Sarjana Hindu dan ahli yogi yang pergi ke pergunungan Kurinji bagi bertafakur tertarik dengan pertunjukkan kemahiran tinggi memutar Chilambamboo. Silambam telah diwujudkan sebagai salah satu seni mempertahankan diri tradisi dikalangan orang India sejak turun temurun. Kini penduduk tempatan di Malaysia dan Singapura yang berbangsa India, Melayu, Cina dan bangsa asing juga mengambil bahagian dalam seni Silambam. Silambam bermakna pergerakkan tanpa senjata dan senjata seperti tongkat kayu, pedang, tombok dan sebagainya. Silambam juga diertikan sebagai bakat pertandingan, tindakan untuk menakutkan orang lain, tindakan bertaktik dan memusing tongkat kayu. Kepakaran awal dalam seni Slambam ialah "membina rumah". Di sini ahli akan menetapkan langkah kaki bilangan langkah 16, 32, 64 dan sebagainya untuk meletakkan musuh di bawah penguasaannya sebelum menerkamnya. Kepakaran berikut adalah kemahiran-kemahiran membongkok, lincah, bakat dan membelasah dengan bertindak tanpa menggerakkan badan dan menggerakkan badan pada empat situasi, iaitu kepala, bahu, pinggang dan kaki tanpa sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan menjadi lesu. Silambam adalah sejenis seni mempertahankan diri yang ulung dan unggul bagi bangsa Tamil di seluruh dunia. Pra pengkaji berpendapat bahawa Seni Silambam telah wujud sjak 5000 tahun dulu, iaitu sejak zaman pra-sejarah dan sebelum kedatangan kaum Aryan ke India. Justerunya seni Silambam bolehlah dianggap sebagai seni mempertahankan diri yang tertua di dunia.
            Seni pertahankan diri ini mempunyai pelbagai peraturan. Peserta hendaklah sentiasa bergerak dan menggerakan kayu secara bulatan selain daripada masa mengambil mata. Jika tidak berbuat demikian, peseta itu akan diberi amaran. Selepas 3 kali amaran diberi, mata akan ditolak. Peserta dilarang sama sekali menyentuh lawan dengan menggunakan sebelah tangan sahaja .Jika berbuat demikian, mata tidak akan diberi. Peserta yang bertanding hanya boleh menyentuh pada sasaran yang dibenarkan. Jika salah seorang peserta lawannya semasa bertanding, maka peserta itu diumumkan sebagai pemenang. Tetapi jika kayu peserta itu terjatuh kerana tergelincir, maka peserta itu boleh mengambil kayu dan memeneruskan pertandingan itu. Seni Silambam merupakan satu seni di dalam 64 jenis seni yang digariskan oleh masyarakat Tamil tradisional sebagai harus dipelajari untuk menjadi insan yang sempurna. Namun demikian seni Silambam ini tidaklah bersifat saintifik pada zaman silam. Peredaran masa telah memodenkan dan memantapkan seni ini sejajar dengan keadaan dan kepentingan zaman.  Menurut Persatuan Silambam Malaysia ‘Four different types of staves are used. One produces a swishing sound, another involves lighted balls of cloth at one end of the staves, called ‘torch silambam’, a third is quite short in length but powerful, and finally a non – elastic staff that produces a clattering sound.’  Peralatan ini merupakan asas kepada peralatan yang digunakan untuk silambam.  Latihan-latihan dan teknik-teknik memusing tongkat Silambam dan sebagainya telah mengalami kejituan.


Senjata Pertahanan Diri dan Pergerakan Menghadang

            Silambam sebahagian besarnya merujuk kepada tongkat atau gaya tempur menggunakan tongkat. Panjang tongkat biasanya sekitar 1.68 meter (lima setengah kaki). Saiz tongkat berkait dengan ketinggian pengguna silambam. Ia sepatutnya mencecah dahi sekitar tiga jari dari atas kepala, sungguhpun panjang berlainan digunakan dalam keadaan berlainan. Kayu sepanjang tiga kaki yang dikenali sebagai "sedikutchi" boleh dibawa secara tersembunyi. Latihan berlainan diperlukan bagi mengendalikan tongkat yang berlainan kepanjangannya. Apabila dikatakan tongkat Silambam, bukanlah sebarang kayu boleh digunakan. Buluh keras atau rotan yang tidak terbelah atau terguris dan berlilitan kira-kira 3 cm akan dipilih setelah mengamati luas, berat, kelasakan dan kelenturan. Ia akan direndamkan ke dalam air buat beberapa lama. Seterusnya ia akan dibanting di permukaan air yang mengalir dan tidak mengalir untuk meninggikan kelasakan. Kayu yang telah siap ini akan dikerat setinggi ahli Silambam yang bakal menggunakannya. Ini adalah kerana seni Silambam bukanlah rekaan belaka. Ia dibentuk berdasarkan taktik dan teknik haiwan-haiwan seperti harimau, ular, beruang, burung, gajah dan sebagainya berkelahi di dalam hutan bagi mengalahkan musuh atau untuk mempertahankan diri. Masyarakat Tamil tradisional mengubahsuai taktik dan teknik haiwan seperti di atas mengikut keperluan dan kebolehan. Mereka melahirkan pelbagai seni mempertahankan diri termasuklah seni Silambam yang tidak menggunakan senjata dan yang menggunakan senjata.
            Menurut Persatuan Silambam Malaysia ‘An expert silambam stylist will be familiar with varma ati (pressure-point fighting) and know where to strike anywhere in the body to produce fatal or crippling effects by the least use of power. In one-on-one combat an expert would slide the stick to opponents wrist many times during combat. The opponent may not notice this in the heat of battle until they feel a sudden pain in the wrist and throw the stick automatically without knowing what hit them. When two experts match against each other one may challenge the other that he will hit his big toe. Hitting the big toe can produce crippling effects on the fighter, making them abandon the fight’. Ahli Silambam yang menghadapi musuh tidak akan memerhatikan gerakan-gerakan tangan mahupun kaki musuh. Sebaliknya ia hanya akan mengamati mata si musuh sahaja. Ini adalah untuk mengetahui lebih awal akan gerakan-gerakan kaki dan tangan yang melibatkan taktik-taktik seperti mengerat dan berpura-pura menikam, membelasah, berundur dengan berpura-pura melempar dan sebagainya. Seseorang yang telah menjadi mahir dalam seni silambam boleh mengalahkan berpuluh orang dengan hanya menggunakan tongkat sahaja. Dia menjatuhkan orang dengan menggunakan teknik-teknik seperti langkah kera, langkah ular, pengamatan singa, lompat katak, sambar helang dan sebagainya.
            Selain itu terdapat ahli Silambam yang dapat melompat ke atas dan berdiri di atas pokok dan melompat melewati tumbok dengan meggunakan tongkat. Gaya biasa termasuk memegang tongkat pada satu hujung, tangan kanan hampir kebelakang, tangan kiri sekitar 40 sentimeter (16 inci) darinya. Kedudukan ini membenarkan pelbagai pergerakan badan-dan-tongkat, termasuk serangan dan tangkisan yang rumit. Pengamal silambam tidak bersenjata menggunakan beberapa pola pergerakan berasaskan pergerakan haiwan, terutamanya bentuk ular dan helang. Mereka yang baru belajar diajar pola pergerakan kaki yang perlu mereka kuasai sebelum belajar teknik memutar, pola, dan kaedah menukar putaran mereka tanpa menghentikan pergerakan tongkat. Gerak kaki (Kaaladi) merupakan kunci utama bagi Silambam dan kuthu varisai (versi tangan kosong). Terdapat enam belas pergerakan antaranya empat yang utama. Perlahan-lahan, pejuang mempelajari pergerakan kaki agar selaras dengan pergerakan tongkat. Matlamat utama latihan adalah mempertahankan diri dari serangan beberapa musuh bersenjata. Penekanannya pada tongkat membezakan Silambam dari Kalaripayattu Utara yang dianggap serupa dangan Kalaripayattu Selatan di mana teknik pertempuran memberi penekanan pada tangan kosong atau kayu ringkas atau pedang. Silambam, Kuthu varisa, teknik tangan kosong secara harafiah bererti urutan tumbukan, maduvu (tanduk rusa), surul atau churul (pedang lembut mata dua), kathi kuthu (tikaman pisau), Val payattu atau val veesu atau vaal veechu (permainan pedang), sheela atau cheela (pertahanan dua jari) kesemuanya berkait rapat dan boleh digelar sebagai satu kelompok seni bela.

Perkembangan Silambam
           
Semasa perkembangan agama Buddha, seni mempertahankan diri ini telah dibawa ke China dan Jepun oleh sami-sami Buddha. Seni Silambam telah mengalami perkembangan pesat pada awal abad ke 16. Ia menjadi asas dan elemen yang penting bagi kekuatan fizikal di dalam latihan ketenteraan sebelum diajar seni pedang. Seni Silambam telah berkembang ke Asia Tenggara di antara 1000 hingga 1500 tahun yang lalu. Perkembangan ini adalah hasil usaha raja-raja Tamil. Pada akhir abad ke-14, pekerja-pekerja Tamil daripada India ke Malaya iaitu Malaysia, oleh penjajah Inggeris. Pekerja-pekerja ini telah membawa seni Silambam ini ke Malaya. Namun demikian, guru-guru yang telah mengajar seni ini dapat dikesan hanya sejak tahun 1920 sahaja. Semasa perang dunia ke-2, seni Silambam telah menjadi popular khasnya di Kuala Selangor, Kapar dan Klang. Oleh kerana seni ini ialah seni yang dibawa masuk ke Malaya dari luar, maka ia tidak mendapat pengiktirafan dari segi undang-undang di bawah penjajahan barat. Justeru seni Silambam perlu diajar secara rahsia, di dalam hutan dan tempat-tempat yang tidak dilalui orang.
            Pada tahun 1975 seni Silambam mendapat pengiktirafan daripada Parlimen Malaysia. Ini kerana Parlimen Malaysia telah menggubal akta pada tahun tersebut untuk menyusun semula dan mendaftarkan semua pertubuhan seni mempertahankan diri di negeri ini. Ketika itu Silambam belum ditangani oleh sebarang pertubuhan. Lantaran itu, atas dorongan Mahaguru S.Arumugam dan atas usaha gigih Datuk V.L. Kanthan, bekas presiden pemuda MIC, Persatuan Silambam Malaysia telah didaftarkan pada tahun 1976. Perlembagaan juga telah disediakan. Kini, persatuan ini mempunyai 250 cawangan dan 20,000 orang ahli di seluruh Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa silambam juga telah mendapat status sebagai salah satu sukan. Ini dapat dibuktikan apabila silambam juga dimasukkan sebagai suatu acara dalam Sukan Malaysia (SUKMA). Silambam telah dipertandingkan pada SUKMA X111, 2010 yang berlangsung di Melaka.  

Contoh Seni Mempertahankan diri (Silambam)



1 comment: