Kajian ini telah menunjukkan yang
setiap seni pertahanan setiap kaum adalah unik dan ianya melambangkan identiti
setiap etnik masing-masing. Jika diteliti dengan lebih dekat ianya agak sama
antara sama lain yang memberi tanggapan yang ianya mungkin berkait rapat antara
sama lain. Sehubungan dengan itu, perpaduan antara kaum dapat dicapai melalui
mempelajari seni pertahanan diri yang bukan asal daripada kaum sendiri. Dengan
ini, kesejahteraan negara dapat dicapai dan hal ini dapat menjamin kemajuan
negara kita agar negara kita dapat bersaing dengan dengan negara yang lain.
Secara umumnya, semua seni
pertahanan diri ini tidak kira dalam kaum Cina, Melayu ataupun India adalah
bertujuan mempertahankan diri mereka dan menyatukan kumpulan kaum mereka.
Sebagai contoh, dalam tradisi orang Melayu, keris merupakan senjata pertahanan
diri seiring dengan seni Silat. Orang yang selain daripada kaum ini perlu
memahami bahawa wujudnya keris ini bukan senjata untuk membunuh atau berperang
tatapi adalah untuk pertahanan diri. Bagi golongan yang tidak memahami konteks
ini akan menjadikan hal ini sebagai isu sensitif dan perkauman yang menjejaskan
hubungan antara etnik.
Bukan
sahaja dalam konteks kaum Melayu, semua seni pertahanan diri kaum lain
tujuannya adalah amat bersepakat iaitu hanya untuk mempertahankan diri pada
zaman dulu dan untuk mewarisi seni kebudayaan mereka pada masa kini. Contohnya
seni Wushu oleh kaum Cina diperkenalkan pada zaman dulu adalah untuk
mempertahankan diri kerama pada masa itu pakatan komunis berleluasa dan jajahan
askar Jepun yang ganas. Pada zaman kini pula, Seni Wushu ini masih diwarisi dan
dipelajari di Malaysia walaupun tiada lagi komunis dan ancaman daripada
jajahan. Hal ini demikian kerana mereka ingin memastikan jasa nenek moyang dan
seni yang unik ini dapat diwarisi secara turun-temurun oleh generasi baru.
Adakah
wujudnya seni pertahanan diri yang berlainan akan dapat menjamin kesejahteraan
antara kaum dan negara? Pada pendapat kami, hal ini adalah berkemungkinan.
Tiadanya sesuatu yang sempurna dalam dunia ini. Seperti setiap seni pertahanan
diri turut akan mempunyai kelebihan dan keburukannya masing-masing. Mungkin
kita boleh bergabungkan ketiga-tiga jenis seni pertahanan ini damn menjadikannya
sebagai suatu seni pertahanan diri yang lebih kuat. Dengan ini dapatlah kita
dapat lebih memahami budaya kaum lain dan kesepakatan akan tercapai.
Akhir sekali, kita dapat lihat
bahawa ketiga-tiga seni pertahanan ini masih dikekal dan dipelajari oleh orang
ramai tanpa mengira bangsa dan kaum. Hal ini demikian kerana matlamat mereka
untuk menpelajari seni pertahanan diri adalah untuk menyihatkan badan mereka
walaupun seni pertahanan diri yang mereka pelajari bukan asal daripada kaum
mereka. Dengan ini, bolehlah kita nampak bahawa seseorang yang mempelajari seni
pertahanan diri yang bukan asal daripada kaumnya akan dapat memahami dan
menghayati seni dan budaya bangsa lain. Secara tidak langsung, perasaan saling
menghormati dapat dipupuk dan kesejagatan tercapai.
Persamaan antara seni mempertahankan diri silambam, silat dan
kungfu antaranya ialah ketiga-tiga seni
mempertahankan diri ini bertujuan untuk mempertahankan diri. umum mengetahui objektif
utama dalam menyertai seni mempertahan diri ialah untuk meningkat tahap
kecekapan dalam mempertahankan diri. Ia juga sangat berguna untuk keselamatan
diri kita yang sering tergugat kepada ancaman luar jangka terutamanya golongan
wanita . Selain itu kita melihat dari segi kesihatan tubuh badan. Persamaan
ketiga-tiga seni memertahankan diri ini iaitu silat, kung fu dan silambam
seterusnya ialah dari segi kesihatan diri. Dengan mempelajari seni
mempertahankan diri, kesihatan tubuh badan kita akan bertambah sihat dan
seterusnya dapat menghindari pelbagai penyakit. Hal ini demikian kerana,
melalui perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan dalam silamban, silat dan
kunfu mampu menghasilkan daya ketahanan
badan yang kuat sekaligus mencergaskan tubuh badan. Dalam melakukan perbuatan
gaya tingkah laku ini mampu memberikan stamina kepada tubuh badan. Seterusnya
persamaan dari segi kebaikan iaitu menjadikan seseorang itu berdisiplin. Hal
ini kerana melalui penyertaan seseorang dalam seni pempertahankan diri, seseorang
itu dapat mempelajari nilai menepati masa, nilai berkerjasama sebagai satu
pasukan serta nilai baik hati. Perkara ini akan menjadikan seseorang itu lebih
gagah dan berkeyakinan diri untuk apabila berhadapan dengan sesuatu situasi. Lagipun, kita boleh
mendisiplinkan diri dengan mempelajari seni pertahanan diri ini. Perkara ini
berlaku kerana kita mesti menepati masa berlatih yang ditentukan setiap kali.
Walaupun pada mulanya kita tidak senang hati dengan peraturan ini, tetapi
lama-kelamaan amalan yang terpuji tersebut akan tertanam dalam diri kita secara
tidak langsung.
Perbandingan Bagi Setiap Seni Pertahanan
Setiap seni pertahanan mempunyai
kelebihan dan kekurangnya aksi persendirian dari segi pembelajaran hingga ke
segi penggunaanya pada masa sekarang .Kertas ini akan lebih memfokuskan kepada
pergerakan menghadang dari setiap seni yang dibincangkan di atas. Pergerakan
menghadang setiap seni hampir sama namun terdapat perbezaan dari segi
praktikalitinya pada masa sekarang dan cara tenaga yang di guna oleh ahlinya.
setiap pergerakkan menghadang mempunyai cara pengaplikasian tenaga ketika
menghadang.
Seni silat dengan penggunaan keris
menghadang dengan menggunakan tangan mereka di mana tangan tersebut akan
menghalang penyerang dan diikuti dengan serangan dari tangan pemegang keris.
Perkara yang dapat dilihat di sini penggunaan tangan lebih penting untuk
menghadang, jadi pusat tekanan dan tenaga seseorang akan berfokus kepada
penyeimbangan badan dan ketangkasan tangan mereka.
Seni silambam berfungsi dengan
penggunaan kayu silambam .Kayu ini berrfungsi dalam menyimbangkan badan dan
memberi kelebihan dalam menyerang seseorang dari jarak yang selamat(J. David Manuel Raj:1971)
.Dalam aspek menghadang dalam Silambam adalah berkait rapat dengan pengguna
kayu silambam yang akan membantu menghalang serangan penyerang dengan efektif.
Kayu Silambam akan membantu menghadang kerana kayunya panjang serta ianya
memberi masa untuk bertindak bagi kedua-dua pihak. faktor masa menjadi kebihan
di sini walaupun dalam beberapa saat. Tenaga seseorang akan digunakan dalam
penghayunan kayu serta menghalang kayu penyerang. Kayu akan menghadang mana
arah penyerang menyerang, selalunya di bahagian tepi abdomen, kaki, kepala dan
tangan . Hal ini demikian kerana bahagian ini agak terdedah untuk diserang.
Seni wushu menggunakan pedang akan
menghadang dengan pedangnya dalam menyelamatkan dirinya. Posisi badan penyerang
dang penghadang pedang agak unik kerana ia akan kelihatan seperti mereka
melakukan tarian bersama, namun mereka sebenarnya sedang berlawan. Pergerakan
seseorang yang menghadang selalunya membuatkan seseorang bergerak ke belakang. Aksi bergerak ke belakang agak biasa
bagi ketiga-tiga seni silat yang dikaji.
Penggunaan ketiga-tiga seni pertahan
ini pada masa sekarang agak berkurangan dan hanya berfungsi sebagai seni
daripada praktikaliti sebagai pertahanan diri. Seni silat menggunakan keris
kurang berkesan pada masa sekarang kerana wujudnya akta yang melarang pembawaan
senjata. Penggunaan keris juga agak membahayakan kerana ianya mungkin akan
membunuh seseorang jika tidak diguna dengan cekap. Selain itu, penggunaan keris
memerlukan kedua-dua pahlawan untuk berada dalam jarak yang dekat antara satu
sama lain. Penggunaan seni silat pada masa sekarang bersifat lebih kepada
penggunaan astetik daripada nilai sebenarnya. Bagi seni silambam ianya agak
praktikal kerana apa-apa jenis kayu yang panjang boleh digunakan. Namun ramai
yang tidak mempelajarinya kerana kurangnya nilai komersial. Seni wushu
menggunakan pedang juga agak tidak praktikal kerana pedang agak besar dan tidak
boleh dibawa secara bebas. Wushu sekarang lebih diguna sebagai sebagai seni
tarian daripada penggunaan melawan atau keselamatan diri.
Wushu (bahasa Tionghoa:
wǔshù) secara berasal dari dua karakter
Cina iaitu “Wu” dan “Shu”. “Wu” adalah
ilmu perang, sedangkan arti kata “Shu” adalah seni. Wushu juga dimaksudkan
sebagai seni untuk bertempur/membela
diri. Ini merupakan istilah yang lebih tepat berbanding dengan istilah
yang lebih terkenal dengan Kung Fu yang bermaksud “ahli” dalam bidang tertentu,
dan tidak hanya terbatas dalam seni bela
diri.
Semua
seni bela diri China disebut sebagai Wushu. Wushu termasuk tinju selatan Nanquan dan
tinju panjang Changquan serta termasuk tinju Taiji,
Telapak Baguazhang, dan tinju Xingyiquan.
Secara keseluruhan, Wushu mengandungi aspek seni,
olahraga, kesihatan, bela diri dan mental. Mempelajari Wushu sebenarnya tidak terbatas
pada gerakan fizikal sahaja bahkan fikiran dan mental, pemahaman anatomi tubuh
serta aliran darah juga terlibat secara tidak langsung. Selain wushu turut
dapat melatih kedisiplinan diri, ketahanan mental, kecekapan, dan sebagainya.
Sejarah
awal Wushu bermula apabila masyarakat primitif di China berjuang untuk terus
hidup di dalam keadaan alam semula jadi yang membahayakannya di samping untuk
mempertahankan masyarakat pada waktu itu daripada binatang liar semasa aktiviti
memburu, dan bahaya daripada ancaman manusia itu sendiri. Pada awalnnya iaitu
pada zaman Dinasti Xia (21M- 17 M), Kung Fu ini dibentuk dengan kemahiran melawan
musuh, seterusnya pada zaman Dinasti Yuan (1271M- 1368 M) dan mencapai
kemuncaknya pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing (1368M- 1911 M).
Pada
zaman Dinasti Song( 960M- 1279M), askar- askar dan rakyat- rakyat digalakkan
untuk mengamalkan Kung Fu atas arahan
Yue Fei dan general- general di China
pada ketika itu. Hasil daripada galakan ini maka Nanquan (Southen Fist) menjadi terkenal di China dan menjadikan Hangzhou
sebagai pusat latihan mereka.
Namun
perkara sebaliknya berlaku apabila pada zaman Dinasti Yuan (1271M- 1368M)
masyarakat Han telah dipingirkan oleh kerajaan China pada ketika itu. Namun
bagi masyarakat Han, mereka masih mempraktikkan Kung Fu ini di tempat- tempat yang tersembunyi.
Seterusnya,
pada zaman Dinasti Ming (1368M- 1644M), Sekolah Boxing Shoalin telah
diperkenalkan apabila Changquan (Long
Fist), Hong Fist, Kicking Leg iaitu teknik- teknik baru
dalam Kung Fu diamalkan oleh masyarakat pada ketika itu. Seorang tokoh yang
bertanggungjawab menggabungkan semua kemahiran ini yang termasuk Long Fist, Short Hand, Hong Fist, dan Bazi Fist ialah Qi Jiguang. Hasil
penggabungan ini dipanggil Boxing Shoalin Selatan.
Kung
Fu terus berkembang pada zaman Dinasti Qing (1644M- 1911M), walaupun masyarakat
Han masih lagi dihalang untuk mempraktikkan Kung Fu di tempat- tempat awam dan Kuil Shoalin
Selatan, masyarakat awam lain masih meneruskan Kung Fu di tempat- tempat yang
lain.
Apabila
terbentuknya Republik China, sebuah pertubuhan bukan kerajaan telah ditubuhkan
oleh Kelab Gimnastik Jingwu. Oleh hal demikian, seni mempertahankan diri Kung Fu
atau Wushu ini telah berkembang ke negara- negara lain seperti, Hong Kong,
Singapura, Malaysia, dan Vietnam.
Pada zaman sekarang, wushu telah menjadi olahraga
antarabangsa melalui International Wushu
Federation (IWUF), yang menganjurkan “World
Wushu Championships” setiap dua tahun; Kejuaraan Dunia pertama diadakan pada
tahun 1991 di Beijing dan dimenangkan oleh Yuan Wen Qing .
Kepercayaan
Terdapat lima elemen yang penting dalam Wushu, iaitu
Air, Kayu, Api, Bumi dan Logam.
1. Air:
kelembutan
2. Kayu:
tulang dan otot
3. Api:
kekuatan
4. Bumi:
pertahanan
5. Logam:
penggunaan senjata
Kelima-lima elemen ini dikatakan saling berhubung
iaitu air mendinginkan api, api menempa logam, logam memotong kayu, kayu tumbuh
dari bumi,dam bumi mengawal air.
Perkara in berkait rapat dengan amalan Feng Shui yang
melihat lima unsur alam tadi menyumbang kepada keseimbangan tenaga antara “yin”
dan “yang” dan tenaga itu dipanggil sebagai “chi”.
Simbol Ying dan
Yang
Simbol Ying Yang
Jenis Alatan
Kini,
wushu terbahagi kepada dua, iaitu jenis tradisional dan moden. Di dalam apa-
apa kejohanan wushu, ia akan terbahagi kepada dua jenis ini. Jenis tradisional
biasanya diwarisi dan dikekalkan geraknya mengikut apa yang diajarkan oleh
nenek moyang mereka sejak turun temurun. Hal ini bermaksud, tidak banyak
perubahan gerakan diadaptasi dengan kemodenan perkembangan wushu sekarang.
Dalam
wushu tradisional sendiri ia terbahagi kepada dua iaitu pergerakan tangan
kosong dan menggunakan senjata.
Tangan Kosong
Bersenjata
Baguazhang (Eight-Trigrams Palm)
Shuangdoa ( Double Broadsword)
Bajiquan ( Eight Extremes Fist/Boxing)
Shuangjian ( Double Straight-Sword)
Chaquan ( Cha Fist/Boxing)
Shuanggou (Double Hook-sword)
Huaquan ( Hua Fist/Boxing)
Sanjiegun ( Three Section Staff)
Wing Chun/Yongchunquan ( Eternal Spring)
Dadao ( Great Sword)
Selain
itu, untuk gerakan wushu moden, ia terbahagi kepada dua iaitu disebut sebagai
Toalu (Jurus/ Stail) dan Sandra/ Sanshou (Tarung atau Sparring ). Untuk wushu moden ini, ia mengalami perubahan dari segi
teknik- teknik tertentu seiring dengan peredaran zaman.
Toalu terdiri taripada jenis tangan kosong dan
menggunakan senjata (pendek/ panjang). Bagi jenis tangan kosong, ia terdiri
daripada:
a)Changquan
(Pukulan Panjang)
b)Nanquan
( Tinju Selatan)
c)Taijiquan
( Tai Chi Chuan)
Manakala
untuk Toalu (jurus) bersenjata:
Menggunakan Senjata Pendek
Menggunakan Senjata Panjang
Doa ( Golok)
Gun ( Toya/ Gunshu)
Nandoa ( Golok Selatan)
Nangun ( Toya Selatan)
Jian ( Pedang Bermata Dua)
Qiang (Tombak)
Taijijian ( Pedang Taiji)
Sanda
pula hanya melibatkan pertarungan di mana ia melibatkan dua individu yang
bertarung antara satu sama lain secara bersenjata atau tidak bersenjata.
Dalam
pada itu, wushu juga menggunakan kipas tangan yang diperbuat daripada kayu dan
menggunakan kain yang keras dan tebal bagi menghasilkan bunyi yang sesuai
apabila ia dibuka. Tinggi kipas tersebut yang biasanya berwarna merah itu ialah
34 cm dan panjangnya 63cm.
Oleh
itu, secara keseluruhan wushu terbahagi kepada dua jenis, iaitu tradisional dan
moden yang mempunyai ciri- ciri dan
teknik yang berbeza antara satu sama lain.
Pedang Taji
Cara memegang Pedang Taji
Corak Naga yang terdapat pada Pedang Taji
Pakaian
Secara
umumnya tiada pakaian yang khusus untuk wushu. Hal ini bermaksud mereka yang
mempraktikkan wushu tidak terikat dengan pakaian yang tetap. Mereka bebas untuk
memilih bagi memakai apa- apa jenis pakaian yang selesa untuk berwushu.
Namun,
terdapat ciri- ciri pakaian yang sesuai dipakai oleh mereka yang berwushu,
antara yang sesuai dipakai ialah tidak terlalu tebal, memudahkan pergerakan,
selesa dipakai, dan warna apa sekalipun. Bagi kasut ahli wushu, mereka perlu
memilih kasut yang elastik atau yang memudahkan dan meringankan pergerakan
mereka bagi mempersembahkan gerakan- gerakan yang tertentu dalam seni
mempertahankan diri tersebut.
Pantang Larang
Menurut
Kim Meng Woon iaitu salah seorang pengamal wushu melalui Kelab Kung- Fu
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, pantang larang yang berkait rapat
dengan wushu ialah seseorang tidak boleh sesuka hati meminjam pedang wushu
kerana dipercayai terdapat unsur- unsur makhluk ghaib yang menjaga tiap- tiap
pedang wushu.
Jika
tersilap pinjam atau mencuri pedang wushu tadi maka perkara buruk akan menimpa
si peminjam kerana mahkluk tadi akan mengganggunya.
*** Link dibawah merupakan link kepada Page Facebook Rasmi Kelab Wushu USM
Silambam (Bahasa Tamil: சிலம்பம்) atau Silambattam (Bahasa Tamil: சிலம்பாட்டம்) atau Chilambam, merupakan seni bela diri
Dravidian tradisi berasaskan pertempuran tongkat. Gaya ini dipercayai berasal
dari Bukit Kurinji yang masa kini dikenali Kerala, 5,000 tahun dahulu, di mana
penduduk tempatan menggunakan tongkat buluh atau rotan bagi mempertahankan diri
mereka dari haiwan buas(wikipedia) Sebagaimana penulisan Sangam, Bukit Kurinji
merupakan salah satu dari lima pembahagian fisiografik (physiographic) dalam
Tamilagam, yang kemudiannya dikenali sebagai Keralam selepas ketibaan Brahmin.
Narikuravar dari Bukit Kurinji menggunakan tongkat yang dikenali sebagai
Chilambamboo sebagai senjata bagi mempertahankan diri mereka daripada haiwan
buas, dan juga bagi menunjukkan kemahiran mereka semasa perayaan keugamaan.
Sarjana Hindu dan ahli yogi yang pergi ke pergunungan Kurinji bagi bertafakur
tertarik dengan pertunjukkan kemahiran tinggi memutar Chilambamboo. Silambam telah
diwujudkan sebagai salah satu seni mempertahankan diri tradisi dikalangan orang
India sejak turun temurun. Kini penduduk tempatan di Malaysia dan Singapura
yang berbangsa India, Melayu, Cina dan bangsa asing juga mengambil bahagian dalam
seni Silambam. Silambam bermakna pergerakkan tanpa senjata dan senjata seperti
tongkat kayu, pedang, tombok dan sebagainya. Silambam juga diertikan sebagai
bakat pertandingan, tindakan untuk menakutkan orang lain, tindakan bertaktik
dan memusing tongkat kayu. Kepakaran awal dalam seni Slambam ialah
"membina rumah". Di sini ahli akan menetapkan langkah kaki bilangan
langkah 16, 32, 64 dan sebagainya untuk meletakkan musuh di bawah penguasaannya
sebelum menerkamnya. Kepakaran berikut adalah kemahiran-kemahiran membongkok,
lincah, bakat dan membelasah dengan bertindak tanpa menggerakkan badan dan
menggerakkan badan pada empat situasi, iaitu kepala, bahu, pinggang dan kaki
tanpa sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan menjadi lesu. Silambam adalah
sejenis seni mempertahankan diri yang ulung dan unggul bagi bangsa Tamil di
seluruh dunia. Pra pengkaji berpendapat bahawa Seni Silambam telah wujud sjak
5000 tahun dulu, iaitu sejak zaman pra-sejarah dan sebelum kedatangan kaum
Aryan ke India. Justerunya seni Silambam bolehlah dianggap sebagai seni
mempertahankan diri yang tertua di dunia.
Seni pertahankan diri ini mempunyai pelbagai peraturan.
Peserta hendaklah sentiasa bergerak dan menggerakan kayu secara bulatan selain
daripada masa mengambil mata. Jika tidak berbuat demikian, peseta itu akan
diberi amaran. Selepas 3 kali amaran diberi, mata akan ditolak. Peserta
dilarang sama sekali menyentuh lawan dengan menggunakan sebelah tangan sahaja
.Jika berbuat demikian, mata tidak akan diberi. Peserta yang bertanding hanya
boleh menyentuh pada sasaran yang dibenarkan. Jika salah seorang peserta
lawannya semasa bertanding, maka peserta itu diumumkan sebagai pemenang. Tetapi
jika kayu peserta itu terjatuh kerana tergelincir, maka peserta itu boleh
mengambil kayu dan memeneruskan pertandingan itu. Seni Silambam merupakan satu
seni di dalam 64 jenis seni yang digariskan oleh masyarakat Tamil tradisional
sebagai harus dipelajari untuk menjadi insan yang sempurna. Namun demikian seni
Silambam ini tidaklah bersifat saintifik pada zaman silam. Peredaran masa telah
memodenkan dan memantapkan seni ini sejajar dengan keadaan dan kepentingan
zaman. Menurut Persatuan Silambam
Malaysia ‘Four different types of staves are used. One produces a swishing
sound, another involves lighted balls of cloth at one end of the staves, called
‘torch silambam’, a third is quite short in length but powerful, and finally a
non – elastic staff that produces a clattering sound.’ Peralatan ini merupakan asas kepada peralatan
yang digunakan untuk silambam. Latihan-latihan
dan teknik-teknik memusing tongkat Silambam dan sebagainya telah mengalami
kejituan.
Senjata Pertahanan Diri dan Pergerakan Menghadang
Silambam
sebahagian besarnya merujuk kepada tongkat atau gaya tempur menggunakan
tongkat. Panjang tongkat biasanya sekitar 1.68 meter (lima setengah kaki). Saiz
tongkat berkait dengan ketinggian pengguna silambam. Ia sepatutnya mencecah
dahi sekitar tiga jari dari atas kepala, sungguhpun panjang berlainan digunakan
dalam keadaan berlainan. Kayu sepanjang tiga kaki yang dikenali sebagai
"sedikutchi" boleh dibawa secara tersembunyi. Latihan berlainan
diperlukan bagi mengendalikan tongkat yang berlainan kepanjangannya. Apabila
dikatakan tongkat Silambam, bukanlah sebarang kayu boleh digunakan. Buluh keras
atau rotan yang tidak terbelah atau terguris dan berlilitan kira-kira 3 cm akan
dipilih setelah mengamati luas, berat, kelasakan dan kelenturan. Ia akan
direndamkan ke dalam air buat beberapa lama. Seterusnya ia akan dibanting di
permukaan air yang mengalir dan tidak mengalir untuk meninggikan kelasakan.
Kayu yang telah siap ini akan dikerat setinggi ahli Silambam yang bakal
menggunakannya. Ini adalah kerana seni Silambam bukanlah rekaan belaka. Ia
dibentuk berdasarkan taktik dan teknik haiwan-haiwan seperti harimau, ular,
beruang, burung, gajah dan sebagainya berkelahi di dalam hutan bagi mengalahkan
musuh atau untuk mempertahankan diri. Masyarakat Tamil tradisional mengubahsuai
taktik dan teknik haiwan seperti di atas mengikut keperluan dan kebolehan.
Mereka melahirkan pelbagai seni mempertahankan diri termasuklah seni Silambam
yang tidak menggunakan senjata dan yang menggunakan senjata.
Menurut
Persatuan Silambam Malaysia‘An expert
silambam stylist will be familiar with varma ati (pressure-point fighting) and
know where to strike anywhere in the body to produce fatal or crippling effects
by the least use of power. In one-on-one combat an expert would slide the stick
to opponents wrist many times during combat. The opponent may not notice this
in the heat of battle until they feel a sudden pain in the wrist and throw the
stick automatically without knowing what hit them. When two experts match
against each other one may challenge the other that he will hit his big toe.
Hitting the big toe can produce crippling effects on the fighter, making them
abandon the fight’. Ahli Silambam yang menghadapi musuh tidak akan
memerhatikan gerakan-gerakan tangan mahupun kaki musuh. Sebaliknya ia hanya
akan mengamati mata si musuh sahaja. Ini adalah untuk mengetahui lebih awal
akan gerakan-gerakan kaki dan tangan yang melibatkan taktik-taktik seperti
mengerat dan berpura-pura menikam, membelasah, berundur dengan berpura-pura
melempar dan sebagainya. Seseorang yang telah menjadi mahir dalam seni silambam
boleh mengalahkan berpuluh orang dengan hanya menggunakan tongkat sahaja. Dia
menjatuhkan orang dengan menggunakan teknik-teknik seperti langkah kera,
langkah ular, pengamatan singa, lompat katak, sambar helang dan sebagainya.
Selain itu terdapat ahli Silambam
yang dapat melompat ke atas dan berdiri di atas pokok dan melompat melewati
tumbok dengan meggunakan tongkat. Gaya biasa termasuk memegang tongkat pada
satu hujung, tangan kanan hampir kebelakang, tangan kiri sekitar 40 sentimeter
(16 inci) darinya. Kedudukan ini membenarkan pelbagai pergerakan
badan-dan-tongkat, termasuk serangan dan tangkisan yang rumit. Pengamal
silambam tidak bersenjata menggunakan beberapa pola pergerakan berasaskan
pergerakan haiwan, terutamanya bentuk ular dan helang. Mereka yang baru belajar
diajar pola pergerakan kaki yang perlu mereka kuasai sebelum belajar teknik
memutar, pola, dan kaedah menukar putaran mereka tanpa menghentikan pergerakan
tongkat. Gerak kaki (Kaaladi) merupakan kunci utama bagi Silambam dan kuthu
varisai (versi tangan kosong). Terdapat enam belas pergerakan antaranya empat
yang utama. Perlahan-lahan, pejuang mempelajari pergerakan kaki agar selaras
dengan pergerakan tongkat. Matlamat utama latihan adalah mempertahankan diri
dari serangan beberapa musuh bersenjata. Penekanannya pada tongkat membezakan
Silambam dari Kalaripayattu Utara yang dianggap serupa dangan Kalaripayattu
Selatan di mana teknik pertempuran memberi penekanan pada tangan kosong atau
kayu ringkas atau pedang. Silambam, Kuthu varisa, teknik tangan kosong secara
harafiah bererti urutan tumbukan, maduvu (tanduk rusa), surul atau churul
(pedang lembut mata dua), kathi kuthu (tikaman pisau), Val payattu atau val
veesu atau vaal veechu (permainan pedang), sheela atau cheela (pertahanan dua
jari) kesemuanya berkait rapat dan boleh digelar sebagai satu kelompok seni
bela.
Perkembangan Silambam
Semasa perkembangan agama Buddha,
seni mempertahankan diri ini telah dibawa ke China dan Jepun oleh sami-sami
Buddha. Seni Silambam telah mengalami perkembangan pesat pada awal abad ke 16.
Ia menjadi asas dan elemen yang penting bagi kekuatan fizikal di dalam latihan
ketenteraan sebelum diajar seni pedang. Seni Silambam telah berkembang ke Asia
Tenggara di antara 1000 hingga 1500 tahun yang lalu. Perkembangan ini adalah
hasil usaha raja-raja Tamil. Pada akhir abad ke-14, pekerja-pekerja Tamil
daripada India ke Malaya iaitu Malaysia, oleh penjajah Inggeris.
Pekerja-pekerja ini telah membawa seni Silambam ini ke Malaya. Namun demikian,
guru-guru yang telah mengajar seni ini dapat dikesan hanya sejak tahun 1920
sahaja. Semasa perang dunia ke-2, seni Silambam telah menjadi popular khasnya
di Kuala Selangor, Kapar dan Klang. Oleh kerana seni ini ialah seni yang dibawa
masuk ke Malaya dari luar, maka ia tidak mendapat pengiktirafan dari segi undang-undang
di bawah penjajahan barat. Justeru seni Silambam perlu diajar secara rahsia, di
dalam hutan dan tempat-tempat yang tidak dilalui orang.
Pada
tahun 1975 seni Silambam mendapat pengiktirafan daripada Parlimen Malaysia. Ini
kerana Parlimen Malaysia telah menggubal akta pada tahun tersebut untuk
menyusun semula dan mendaftarkan semua pertubuhan seni mempertahankan diri di
negeri ini. Ketika itu Silambam belum ditangani oleh sebarang pertubuhan.
Lantaran itu, atas dorongan Mahaguru S.Arumugam dan atas usaha gigih Datuk V.L.
Kanthan, bekas presiden pemuda MIC, Persatuan Silambam Malaysia telah
didaftarkan pada tahun 1976. Perlembagaan juga telah disediakan. Kini,
persatuan ini mempunyai 250 cawangan dan 20,000 orang ahli di seluruh Malaysia.
Tidak dapat dinafikan bahawa silambam juga telah mendapat status sebagai salah
satu sukan. Ini dapat dibuktikan apabila silambam juga dimasukkan sebagai suatu
acara dalam Sukan Malaysia (SUKMA). Silambam telah dipertandingkan pada SUKMA
X111, 2010 yang berlangsung di Melaka. Contoh Seni Mempertahankan diri (Silambam)